-->

Sunday, June 14, 2015

Ungku Ismail Aktif di dalam kempen memerangi kanser

Populariti Ungku Ismail selepas kejayaanya dalam drama Teman Lelaki Upahan.Apabila sudah menjadi popular mesti ramai peminat yang mahu tahu apa aktiviti beliau.Beliau nampaknya aktif dalam memerangi kanser di Malaysia ini. null Disamping itu, juga Ungku Ismail membuat satu hashtag yang dikenal dengan #travellingberuang di akaun Instagram milik beliau.Ungku Ismail telah mendapat 600 gambar orang yang menggunakan #travellingberuang dengan menutup muka mereka. Petikan kami ambil dari blog beautifulnara.com
Sebenarnya Travelling Beruang merupakan tajuk telefilem. Selepas menerima tawaran untuk projek ini saya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Apabila kami pergi ke Kelantan dan berjumpa dengan Adik Mimi, tiba-tiba saya rasa macam perlu buat satu kempen kesedaran. Jadi saya terus meminta peminat menggunakan #travellingberuang.
Kata Ungku Ismail dia sangat terharu terhadap kejayaan kempen kesedaran itu.
Saya tidak sangka gambar dan hashtag itu menjadi viral di media sosial. Alhamdulillah saya menerima sokongan yang besar kerana ada yang memuat naik foto mereka termasuklah peminat dari Singapura, Brunei dan Australia. Selepas menjadi viral, pihak TV3 menjemput saya untuk program MHI (Malaysia Hari Ini). Kemudian satu perbincangan dijalankan dan ada berita yang baik tetapi biar kami simpan dahulu.
null Diharap apa yang Ungku Ismail ini buat akan menjadi iktibar kepada masyarakat mahupun artis.Saya harap kempen ini dapat diteruskan lagi. Sumber Berita: Beautifulnara.com

No comments:

Post a Comment