-->

Sunday, June 14, 2015

Cara-cara untuk popularkan blog anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan pembaca blog saya sekalian.Hari ini saya nak kongsikan tips ini kepada semua rakan-rakan terutamanya blogger-blogger diluar sana.Saya dah cuba dah tips ini alhamdulillah ada peningkatan.Insyaallah kalau rakan-rakan semua berusaha mesti akan membuahkan hasil kepada blog rakan-rakan. 1.Anda daftarkan saja blog anda di Google,Yahoo atau mana-mana laman carian.Tetapi pada pengguna wordpress anda boleh download plugin ini saja iaitu Google XML Sitemaps. 2.Buat Facebook FanPage untuk blog anda kemudian ajak seberapa ramai untuk like fanpage anda 3.Jadikan blog anda lebih mesra SEO untuk senang terindex di google. 4.Ramai Blogger yang suka baca komen rakan-rakan jadi ambil kesempatan ini dengan memasang plugin Comment Notifier. 5.Jika anda terjumpa entri rakan-rakan blogger yang best/menarik anda buat entri khas untuk menarik pembaca ke blog anda. 6.Pasang Plugin CommentLuv di Blog anda kerana orang suka tinggalkan komen di blog anda sebab ada link yang ditinggalkan. 7.Buat entri yang ramai orang cari macam cara nak popularkan blog,cara buat blog,senarai orang terkaya dan lain-lain yang orang cari. 8.Ping entri anda tak kira lah di Pingbusuk ke atau Pingler dan mana-mana servis ping. 9.Buat satu entri yang boleh menimbulkan kontroversi selagi ia tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama. 10.Letak username yang sama dengan nama domain blog anda dengan mana-man sosial media macam facebook,Twitter,Google+ dan Forum-forum yang anda daftar. Diharap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk menjadikan blog anda popular dengan pembaca yang ramai.Apa tunggu lagi Jom cuba.... null

No comments:

Post a Comment