-->

Sunday, June 14, 2015

Johan As'ari Berjalan ke India selama 4 bulan untuk Dalami Ilmu Al-Quran

Pada minggu hadapan Johan As'ari berjalan ke India selama 4 bulan untuk menuntut ilmu tentang Al-quran.Perkara ini ditunaikan di atas pesanan arwah ibunya.Pemergian Johan untuk pergi ke India ialah untuk mempertingkatkan hafazan terhadap Al-quran dan mendekati dirinya dengan Allah SWT.Johan juga bakal berpuasa dan menyambut hari raya Aidilfitri di India.
null
Kata Johan yang kami ambil dari Beautifulnara.com
Insya Allah selepas segala urusan kerja yang tertangguh selesai, saya akan berangkat ke sana secepat mungkin. Sekarang saya perlu melunaskan tanggungjawab untuk satu fotografi filem Juvana 2 dan 3, kemudian baru boleh berangkat ke India. Saya akan menghabiskan masa selama 4 bulan di India, sekaligus mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Sebenarnya saya telah lama menanam azam untuk ke sana, namun ekoran berdepan dengan tanggungjawab kerja, hasrat itu terpaksa ditangguhkan. Tambahan arwah ibu sendiri pernah menyuarakan hasratnya untuk saya memperbaiki ilmu hafazan kerana telah lama ditinggalkan. Disebabkan itu, saya nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia demi mengejar ilmu di sana.
Saya akan berangkat ke India secara berkumpulan iaitu seramai tujuh hingga lapan orang. Di sana sudah ada rakan yang menunggu kami. Seorang daripada kami akan dilantik selaku ketua rombongan.


null
Pihak kami akan doakan kepada Johan agar selamat pergi dan selamat pulang.Apa-apa pun jaga diri dan keselamatan menumpang di negeri orang tu.Semoga selamat menimba ilmu.Good Luck!!!!! ye Johan.Sumber Beautifulnara.com

No comments:

Post a Comment