-->

Sunday, June 14, 2015

Ceramah Ustaz Fawwaz Mohd Jan tentang orang yang beriman tidak akan beri diri dia ditipu 2 kali

null Hari ini saya akan mengkongsikan satu video dari ZonKuliah(ZK) untuk maklumat semua.Saya mengkongsikan vidoe ini untuk tontonan umum menjadi pengajaran buat kita... Isi penting: -Orang mukmin tak akan benarkan dirinya ditipu 2 kali. -Orang mukmin tidak akan dipatuk 2 kali seperti ular,kala jengking dan apa-apa sahaja didalam lubang. -Orang yang menipu sangat bahaya. Kredit video dari ZK semoga video ini dapat menjadi pengajaran buat kita.
Posted by Zonkuliah on Saturday, 13 June 2015

10 top carian Google 2014

Google merupakan satu laman carian yang popular di Malaysia mahupun dunia.Sekarang ranking Google di Alexa telah menjadi laman web no.1 di dunia... Antara carian yang menjadi trends di Google: 1.MH370 2.World Cup 2014 3.MH17 4.Astro Awani 5.Perodua Axia 6.SPS(sekolah) 7.BR1M 8.Street View 9.Malindo Air 10.Rindu Awak 200% Saya harap anda dapat guna kan keyword yang popular ini dengan mudah kerana ia memberi manfaat kepada kita bagi sesetengah carian diatas. null

Cara-cara untuk popularkan blog anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan pembaca blog saya sekalian.Hari ini saya nak kongsikan tips ini kepada semua rakan-rakan terutamanya blogger-blogger diluar sana.Saya dah cuba dah tips ini alhamdulillah ada peningkatan.Insyaallah kalau rakan-rakan semua berusaha mesti akan membuahkan hasil kepada blog rakan-rakan. 1.Anda daftarkan saja blog anda di Google,Yahoo atau mana-mana laman carian.Tetapi pada pengguna wordpress anda boleh download plugin ini saja iaitu Google XML Sitemaps. 2.Buat Facebook FanPage untuk blog anda kemudian ajak seberapa ramai untuk like fanpage anda 3.Jadikan blog anda lebih mesra SEO untuk senang terindex di google. 4.Ramai Blogger yang suka baca komen rakan-rakan jadi ambil kesempatan ini dengan memasang plugin Comment Notifier. 5.Jika anda terjumpa entri rakan-rakan blogger yang best/menarik anda buat entri khas untuk menarik pembaca ke blog anda. 6.Pasang Plugin CommentLuv di Blog anda kerana orang suka tinggalkan komen di blog anda sebab ada link yang ditinggalkan. 7.Buat entri yang ramai orang cari macam cara nak popularkan blog,cara buat blog,senarai orang terkaya dan lain-lain yang orang cari. 8.Ping entri anda tak kira lah di Pingbusuk ke atau Pingler dan mana-mana servis ping. 9.Buat satu entri yang boleh menimbulkan kontroversi selagi ia tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama. 10.Letak username yang sama dengan nama domain blog anda dengan mana-man sosial media macam facebook,Twitter,Google+ dan Forum-forum yang anda daftar. Diharap apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk menjadikan blog anda popular dengan pembaca yang ramai.Apa tunggu lagi Jom cuba.... null

Ungku Ismail Aktif di dalam kempen memerangi kanser

Populariti Ungku Ismail selepas kejayaanya dalam drama Teman Lelaki Upahan.Apabila sudah menjadi popular mesti ramai peminat yang mahu tahu apa aktiviti beliau.Beliau nampaknya aktif dalam memerangi kanser di Malaysia ini. null Disamping itu, juga Ungku Ismail membuat satu hashtag yang dikenal dengan #travellingberuang di akaun Instagram milik beliau.Ungku Ismail telah mendapat 600 gambar orang yang menggunakan #travellingberuang dengan menutup muka mereka. Petikan kami ambil dari blog beautifulnara.com
Sebenarnya Travelling Beruang merupakan tajuk telefilem. Selepas menerima tawaran untuk projek ini saya menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Apabila kami pergi ke Kelantan dan berjumpa dengan Adik Mimi, tiba-tiba saya rasa macam perlu buat satu kempen kesedaran. Jadi saya terus meminta peminat menggunakan #travellingberuang.
Kata Ungku Ismail dia sangat terharu terhadap kejayaan kempen kesedaran itu.
Saya tidak sangka gambar dan hashtag itu menjadi viral di media sosial. Alhamdulillah saya menerima sokongan yang besar kerana ada yang memuat naik foto mereka termasuklah peminat dari Singapura, Brunei dan Australia. Selepas menjadi viral, pihak TV3 menjemput saya untuk program MHI (Malaysia Hari Ini). Kemudian satu perbincangan dijalankan dan ada berita yang baik tetapi biar kami simpan dahulu.
null Diharap apa yang Ungku Ismail ini buat akan menjadi iktibar kepada masyarakat mahupun artis.Saya harap kempen ini dapat diteruskan lagi. Sumber Berita: Beautifulnara.com

Ceramah Ustaz Wadi Annuar tentang hanya Allah sahaja yang boleh bagi hidayah

null Pada kali ini pula pihak gagahboro mahu mengkongsikan satu ceramah dari ZonKuliah(ZK).Ceramah ini yang mengisahkan hanya Allah sahaja yang boleh bagi hidayah.Nabi Muhammad pun tak boleh. Isi penting: -Nabi Muhammad SAW pun tidak boleh bagi hidayah kepada orang yang nabi sayang. -Allah bagi hidayah kepada orang yang Allah pilih. -Hadiah yang paling besar ialah islam. -Tetapi hari ini ramai yang nak murtad. Kredit video ZK. Tonton video dibawah ini:
Ending Kita..Mesti Kena Elok - Ustaz Wadi Annuar

Satu lagi tazkirah yang menyentuh hati dari Ustaz Wadi Annuar ~ Tuhan pilih dari billion orang~ Keadaan umat Islam sedunia hari nie~ Suami minta nak murtad~ Kisah pelacur dan seekor anjing di padang pasir~ Masuk Neraka sebab siksa kucing

Posted by Zonkuliah on Wednesday, 10 June 2015